PRODUK DIGITAL (SOFTWARE, APPS, TEMPLATE, PLUGIN, SCRIPT)
- Setiap produk yang dijual mempunyai jaminan minima selama 7 hari atau sepertimana yang tertera di halaman penjualan produk.
- Bagi produk digital yang kami jualkan / edarkan (resell) dengan tawaran harga sekali seumur hidup (Lifetime Deal), tiada jaminan produk tersebut mampu bertahan & boleh digunakan sehingga kiamat. Akan tetapi, pihak kami akan sedia membantu anda jika terdapat sebarang permasalahan dengan vendor / developer asal produk tersebut. Walaubagaimanapun, jika produk tersebut tidak dapat digunakan langsung selama sebulan selepas pembelian, pihak kami akan mengantikannya dengan produk digital yang lain dengan nilai yang sama.
- Kami tidak akan memberi jaminan boleh guna selamanya kepada produk software / applikasi yang fungsinya bergantung kepada keputusan / peraturan pihak ketiga untuk ianya dapat digunakan sepenuhnya. Sebagai contoh software WhatsApp Blast dan Facebook Automation yang fungsinya bergantung kepada keputusan / peraturan yang ditetapkan oleh pihak ketiga iaitu WhatsApp / Facebook itu sendiri. Dimana, andai kata pihak ketiga ini block / melarang sebarang penggunakaan sistem luar dan menyebabkan software yang dijual kami tidak dapat berfungsi sepenuhnya. Walaubagaimanapun, atas budi bicara, pihak kami mungkin akan mengantikannya dengan produk digital yang lain.
PRODUK FIZIKAL BUKAN MAKANAN (ALATAN, MESIN, BARANGAN)
- Setiap produk yang dijual mempunyai jaminan minima selama 7 hari atau sepertimana yang tertera di halaman penjualan produk bagi sebarang kerosakkan akibat daripada factory defact atau penghantaran sahaja. Pihak kami akan memohon bukti kerosakan produk tersebut terlebih dahulu sebelum produk tersebut dipulangkan kepada kami untuk pemeriksaan selanjutnya. Jika ianya benar rosak kerana factory defact / penghantaran, kami akan memperbaikinya atau mengantikannya dengan produk yang sama.
- Kami tidak akan bertanggungjawab kepada sebarang penyalahgunaan produk tersebut untuk sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang.
- Jaminan akan terbatal apabila terdapat sebarang unsur pengubahsuaian dilakukan keatas produk tersebut.